Friday, 7 October 2016

tempat makan BEST



Still under cabaran 30 hari blogging!!
yeah dah hari ke tiga i duk menaip kisah kisah ikut turutan..
okay kali ni i nak cerita tentang tempat makan BEST!

ya yaa i know, kalau makan memang best kan
tapi nak cari tempat yang best tu susah sebenarnya..
ada hat makan best,pekedai layanan tak best
ada layanan gempak 18 bintang hakak bagi! tapi makan so-so je
acaner tuuu?

okay kita start dari kampung halaman i la eh? 
MELAKA laaa uolsss!
kalau breakfast, i jarang sangat nak makan. i tak suka breakfast haha sebab takdak mood.

okay tapi i suka ada satu KEDAI INDIA AREA KAMPUNG JAWA. orang  melaka tau punya lah, ala tapi i lupa kat mana detail dia.
yang pasti dia kedai lot, bangunan putih sebelah dengan outlet PANASONIC kalau tak silap. em kalau nak pergi, whatsapp la i. nanti i balik  melaka, kita pergi ahahhaa
situ dia punya TOSEI wey sedap gila!

kalau lunch pulak yang best kat melaka ni
MEE SUP TENGKERA!
Kat tengkera. u waze je dapat inshaaAllah. kalau tak dapat, macam biasa whatsapp i! haa
woah situ memang beratoq la orang sanggup tunggu.
rasa sup dia biasa je 7/10 laa but dia punya customer service tu bagus. PANTAS !

Tapi kalau vacay kat melaka, em i tak cadang u makan lunch kat luaq memang omg la kan, sebab petang kot baru jumpa makan lunch u tu ahhahaa sebab melaka kan MELAKA DARUL TRAFIK haa!
i cadang u makan kat kenduri kahwin jela hahha!

okay hat malam pulak,
ASAM PEDAS MALINJA! Allah hai, kat perak ni selama i duduk hampir 3 tahun ni, sekali pun i tak jumpa roti canai makan/cecah dengan ASAM PEDAS! takkan jumpa. never
tapi kat melaka la, segala benda engko boleh cecah dengan asam pedas hokay. alright ASAM PEDAS MALINJA ni dekat denganbelakang HOTEL COWBOY . dekat dengan SHOPPPING CENTRE KELUARGKU.

okay done okay penat ler nak memikirkan tempat yang best! hahaha padahal kat melaka la paling belambak tempat makan yang best cumaaaaa i tak ingat. i nak bagi pasal makanan kat perak but i tak arif la pulak. taknak la memandai mandai kahkah.

lain lain, kat melaka yang femes benau adalah:
  • coconut shake/nasi lemak femes
  • laksa limbongan/keria limbongan
  • api api steamboat
  • asam pedas pokok besar
  • pak naan putra
  • satay kampung jawa/cendol kampung jawa
  • cendol serkam
  • ikan bakar serkam/crystal bay/terapung
  • kedai awey 24 jam sepanjang highway ada
  • mcd 24 jam
  • kfc 24jam
  • kedai mamak 24 jam
  • mee besen
  • dan lain lain sila google sendiri
yang pasti bila uolss ada di melaka, uolss pasti 
gerenti takkan lapar sebab melaka ni selain daripada MELAKA DARUL TRAFFIK, ia juga MELAKA DARUL SYURGA MAKANAN. serious talk babe no worries la pasal makanan. murah pun murah sedap pun sedap.
apa nak lagi?!

hahaha dak dak tak marah pun dah ok nak tidoq.
salam sayang dari syee muah xoxo
*calon somi yang baik adalah yang kejut calon istri dia bangun subuh












Thursday, 6 October 2016

RESEPI


Hi assalammualaikum!
ya yaa i tau reader i tak ramai or dalam kata yang sebenaq,
takdak orang baca pun blog i ni haha!

dak i bukan syok sendiri.
i cuma BOSAN okay. i bosan so i menulis la
who cares kan?

so untuk CABARAN 30 HARI BLOGGING ni,
for this second day, i kena buat blog tentang resepi.
MasyaaALLAH u gais mesti minatkan resepi  masakan?

hahahaha i minat juga.
tapi i lagi minat RESEPI PERCINTAAN!

by that way, i sebenaqnya esok nak masak butter chicken.
i niaga kat HUNTING NIGHT 2016 kat KPM.
bajet i kecil je so i decided buat NASI PUTIH + BUTTER CHICKEN.
OKAY LA KAN?

OKAYYYYYYYY. ngeheee


i reti masak la! serius reti.
apa u ingat duduk kolej ni tak reti masakla?
apa u ingat kami budak marketing ni hat pegang pen pegang kertas dok kira bajet kira hitung cinta kita ewahhhhhh
eh lol , kami tak reti masak ka?


i reti la. weekdays memang tak dapat nak tolong la. setakat masak mee kering siam i beli kat mek ain tu tak ada hal.
i beli sekarton untuk i makan dua bulan terus.
tapi untuk i masak lauk lauk tu maaf la. tak larat
so i masak lauk lauk tu time weekend je

sambal kentang. sambal sardin. sambal teloq
kentang goreng tomato. sardin kicap
sayoq em kami tk beli sayoq sgt sebab fridge tk berapa elok
hat barang basah pun sama. so kami satu rumah beli yang tak
mudah rosak.

tapi i suka sayoq! i suka tomato! i suka i suka!
ngehee cuma tula bila beli i takdan nak masak.
cedih kan!

RESEPI

3 tbs ketulusan
4 tbs kejujuran
2 tbs kasih sayang
2 tbs cinta kita berdua
1 tbs sokongan kawan kawan
semangkuk batasan agama
secawan restu ibu bapa

CARA MEMASAK:
gaul je semua. yang pasti batasan agama dan
 restu ibu bapa tu letak secukupnya.
inshaaAllah sedap!

OKAY GURAU!
HAHAHAHAAHAHAHHAA
emm sorry la i tak reti la nak cipta resepi.
bcos all this while,
i masak CAMPAK CAMPAK je
terus jadi hokay!!!

okay sorry i memang kuat main main
kalau boleh i tak serius all the time,
but we  need to realise, yang umoq kita ni
makin membesaq. tak boleh dah nak main main je kerjanya.

kena serius dalam kehidupan. perancangan kena ada.
ngehee salam sayang dari syeejohar muah! xoxo







KERJA KERJA YANG I PERNAH KERJAKAN

hari ni i nak cerita open je.

baru tadi i buat 30 days challenge of blogging.
hat ni bukan under challenge okay.
i buat entry yang ni sebab i rasa nak share rasa ni dengan 
sesiapa hat sudi la nak baca. 

SEMUA YANG I SEBUT MEMANG ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP CUMA TUNGGU MATI JA KOT HAHA OKAY I GURAU.



i tak pernah terjebak la dengan zaman percintaan
 sehingga umoq i 18 tahun.
but, sepanjang umoq 12 sampai ke 18 tahun,ada ja hat
usha usha , kacau kacau. ala! i bukan tak cantik
cantik la! tapi i SELEKEHH!

serious talk i memang sejenis pembersih yang selekeh.
i jenis main tibai je kalau  nak pakai.
kelakar la jugak.
kadang kadang je elok dressing i ni.
most of the time memang selekeh.

i ni sejenis yang extrovert.sejenis tak malu.maybe sebab dapat gen ayah lebih kot sebab ayah memang jenis kerja hat jumpa ramai orang.
i ikut mama niaga dari kecil lagi.

masa umuq derjah lagi, ayah mama dah didik i niaga. 
sebenaqnya dah sebati dah dunia niaga dengan i.
cuma apa yang i belajaq sekarang ni, more to entrepreneurship.
more big !!

niaga pasar malam i pernah, kerja ni i start dari derjah juga.
pasar malam DUYUNG. bazaar ramadhan memang every year i akan tolong parents. sebab i anak ketiga yang paling besar la kiranya time tu.
hat bazaar ramadhan pulak banyak jugak la i join. baazar SEMABOK memang paling familiar sebab ayah ada satu
kedai makan kat situ. so bukak tapak kat depan kedai ja.
baazar SEMABOK PERDANA pun pernah.

i taktau la kenapa tapi dalam ramai ramai, i and abang i je susah nak merungut kalau mama ayah mintak tolong.

then next kerja,i tolong ayah niaga kt
MYDIN 24 Jam(dulu je sekarang 12 jam je)
time ni umoq form 2. wuish time tu tak ramai gegadis kat situ
so kak i and i selalu kena usha wey haha!
geli pulak rasa. 
tapi tak lama kat situ sebab ada abang i lain mak yang uruskan

then, masa i form 3 masa ni habis PMR.
ayah ajak tolong niaga kat BUKIT BARU depan FLAT SERI SIANTAN.
sini sumpah banyak saingan kedai.
ingat lagi, abang kerbau, abang rimau, abang man bubur, abang zaki charkewtiaw, abang joe, abang abu, 
senang cerita sana belambak laki kot.

time tu kak i memang hot la kira nya. i ni suam suam je. tapi sebab depa fikir i ni umoq time tu doploh lebih padahal baru form3, depa pun try la usha.LOL sangat!

sebab kerja kat BUKIT BARU tu la i dapat beli phone SAMSUNG CHAMP WARNA PINK!
woah time tu zaman facebook. i takda fb lagi time f3. i ada fb time form4. ahahaha tapi i bangga dapat beli phone touchscreen time tuuuu.

life kami adik beradik tak sesenang orang lain.
tapi takdak la sesusah orang lain.
i happy je dengan apa yang i ada.
sampai lah umoq i 18 tahun haaa nanti i buat entry baru pasai benda tu okay ...

 jual nasi ayam, meehun sup, soto ayam, bubur nasi, bubur kacang, naik besikal sambil abang i pegang hon. itu pun biasa dah. hat ni time i derjah derjah lagi,


kerja kat hotel housekeeping,kerja dengan bangla(depa baik serious talk), kerja kat homestay, kerja kedai makan orang, kerja kat MOOD REPUBLIK hat orang kaya kaya tu pun dah dua kali. LAYAN MACAM HAMBA?! oh itu perkara biasa
time cuti sekolah, cuti sem,cuti midsem, segala cuti yang ada i akan cari peluang untuk kerja, cari pengalaman.
memang tak menang tangan la jadi i ni.

masa cuti sem lepas lepas, i ada buat 3 kerja sekali gus.
pagi i amik kelas lesen memandu, tgh hari sampai petang i kerja housekeeping kat homestay and malam i niaga.tengah malam kemas rumah
SEMINGGU I BUAT MACAM TU, TERUS DEMAM!!

HAHAHA lawak la.ketahanan badan i tak boleh adapt benda macam tu.
sungguh, i takkan buat macam tu lagi. so i decide stop kerja housekeeping tu. 


YA ALLAH. NI I KALAU CERITA PASAL APA I KERJA APA I JOIN, SAMPAI SUBUH TULAT PUN TAK AKAN HABIS. I SYUKUR SANGAT ALLAH BAGI I PELUANG RASA PERIT JERIH HIDUP NI. SEMUA BENDA YANG BUDAK BUDAK PEREMPUAN TAK RASA, I RASA DAH. SYUKUR
SEE YOU NEXT ENTRY! LOVE,
SYEEJOHAR.

















Wednesday, 5 October 2016

SIAPA SAYA?


aku gatal nak buat cabaran 30 hari blogging ni. 
padahal busy nak maut dah ni dengan aasignmentnya dengan task kelasnya omg.
but, who cares?

SIAPA SAYA?

i tak tau nak start dari mana lol. 
OKAY HERE WE GO...
nama penuh diberi NUR SYAHERA BINTI JOHAR
asal dari MELAKA bandar teknologi hijau melaka bersejarah lagi makmur lagi subur dan lain lain
umuq dah 20 TAHUN for this 2016 la kan
apa lagi ek?
okay, i ada 7 beradik and i number 3!
ada kak sorang, abang sorang, adik laki ada tiga and adik perempuan sorang ha cukup 7 kan campuq i sorang.

i duk kampung je. tak bandar pun tapi dari rumah i nak ke bandar amik masa 20 mins ja.
naik moto takdak jammed, 10 mins dah sampai
dah kat MAHKOTA PARADE , DATARAN PAHLAWAN TU tau tau.


okay okay. siapa saya?
i ni masa tadika i belajaq kat tadika KEMAS.
sekolah rendah i belajaq kat SEKOLAH KEBANGSAAN BENDAHARA SERI MAHARAJA. kat KAMPUNG KANDANG.
pelik bunyi kg tu kan?? lol

i sekolah menengah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR MOLEK.
memang molek sungguh students situ. 
after habis SPM, i sambung STPM. erm not really samnbung la sebab i masuk high school tu 1 month je.

i acah acah STPM kat Melaka High School. woah memang rindu la time tu. even sebulan je stay situ emm.
banyak sangat kenangan.


then, lepas i keluaq dari Melaka High School tu,
i sambung HNDiploma di KPM.
which is stand for Kolej Profesional Mara kat Seri Iskandar Perak.
here i am. i tengah type ni kan, sebenarnya i ada assignment nak kena submit esok. assignment MI (marketing intelligence) madam jun juhaizi punya.
dakk, i bukan taknak buat cuma i tengah stress. 
baru je hantaq 2 assg, dan kena submit lagi satu ngehee.



SIAPA SAYA?
dah terjawab kan???

i ni orang biasa biasa tetapi selalu fikir luar dari biasa dan berharap terjadi nya perkara jauh dari  biasa.